Wednesday, January 13

Kenangan Terindah Bersama DiGi...

Pagi ini cuaca begitu indah sekali... Langit kelihatan mendung, udara sejuk meniup badanku yang gemuk ini. Ah..Sungguh teringin sekali ku kembali ke katil idamanku. Tetapi, ada-ada sajalah benda yang belum ku laksanakan. Terpaksalah ku bangun dan menuju ke tempat kerjaku..


Malam semalam, aku penat menggunakan minda untuk blogku. Apalah nak buat, tetiba petang semalam, aku menerima emel dari Nuffnang, yang menyatakan bahawa terdapat lagi satu kategori untuk DiGi Pimp My Day Challenge. Ah.. Aku mengeluh, gelisah hatiku memikirkan apalah yang hendakku sampaikan dalam blogku.

Aku pun melihat ke luar tingkap pejabatku. Kelihatan 3 ekor burung gagak main kejar kejar. Bunyi mereka bukanlah main cukup bising lagi! Ish.. Konsentrasiku terganggu. Lalu, kenangan terindah waktu berada di One Utama Sabtu lalu muncul di mindaku yang kosong ini..


Entah kenapa aku yang malas ini boleh beria-ia untuk menyertai cabaran DiGi ini. Sejak kecil lagi, kemalasan aku ini memang terkenal. Naik tangga 3 tingkat dah penat! Jalan pergi kedai pun malas, kecualilah kalau aku nak beli ais-krim. Tetiba aku berasa semangat untuk cabaran ini pulak. Rasa-rasanya sebab Nuffnang kut. Ada banyak rakan-rakan blogger yang gila-gila belaka di situ. Jadi aku pun mengajak rakan-rakan lain untuk buat satu team.

Adoi..bila bermulanya cabaran DiGi itu, saya berasa ragu-ragu. Mungkinkah saya orang pertama untuk mengaku kalah? Mungkinkan saya orang pertama yang gagal? Mungkinkah saya orang pertama yang jatuh pengsan dan kemudiannya mati? Banyak betul persoalan yang terapung dalam otakku.

Apa! Lari 800m!! Hampirku terkencing mendengar jarak tu. Dulu waktu sekolah, cuma kena lari 100m je! Itupun sebab cikgu yang paksa. Kalau tidak, 10 langkah je yang aku akan lari... Apa nak buat, takkan nak mengaku kalah pulak. Nanti rakan sekumpulanku akan ketawakan ku untuk sedekad lamanya. Aku pun ego juga..

Akhirnya, aku berjaya lari 800m. Aku akan ingat saat-saat pahit ini seumur hidup. Masakan tidak, punggungku sakit 3 hari selepas cabaran DiGi ini, sampaikan jalan pun kena kangkang!
Rasa-rasanya, aku takkan menjejakkan kaki di One Utama lagi untuk bulan ini. Malulah..Berlari-lari di pusat membeli belah, macam anak ayam kehilangan ibunya! Oh..malunya..

Kalau nak ku tuliskan pengalaman ku itu, berjela-jela panjangnya yang bolehku tuliskan. Tapi, penat pula pembaca hendak bacakan. Oleh itu, aku telah membuat satu album gambar yang menarik untuk sekalian.. Semoga anda dapat berkongsi kegembiraanku!

Kasih Sayang daripada,

MsXeRoZ aka Nicole..

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Hahahaha..Surprise!!!

Yupz i decided to write this entry in Bahasa Melayu. I actually enjoy communicating in BM! And since i have been writing on DiGi Pimp My Day Challenge for so many times (that it felt as though i'm in detention) I thought it will be a good idea conveying my thoughts and experience in BM.

Thanks for reading!

No comments: